Siapa?

Nama saya Mohd Faizan bin Othman dan merupakan anak ke empat daripada 8 orang adik beradik untuk arwah ayah saya Othman bin Ismail. :P tetapi anak sulung untuk Azizah bt Omar , (ayah aku kahwin dua la..) pada tarikh 19 Jun 1984 dan sekarang sudah berumur 26 tahun. Dilahirkan di dalam keluarga sederhana dan mementingkan hal kekeluargaan saya membesar di dalam suasana yang ceria.

Ketika ini saya bekerja sebagai seorang Thaler / SAP Consultant, untuk Islamic Banking Solution in Malaysia. Masih bujang dan belum berumah tangga, tetapi diri saya sudah mempunyai kekasih hati yang sungguh comel menjadi penyeri rumah tangga saya yang indah. Tetapi jangan risau kepada gadis - gadis di luar sana yang meminati saya masih terdapat tiga kekosongan yang masih anda boleh penuhi.

Blog ini adalah yang ke 3 selepas 2 kali percubaan, sebelum ini saya menggunakan wordpress tetapi tiada masa untuk mengemaskinikannya, kali ini akan dipenuhi dengan info - info yang ceria dan melibatkan CMS, Web Development atau apa sahaja aktiviti yang saya lakukan setiap hari untuk menceriakan hidup saya, diantaranya aktif bersama komuniti bola sepak Malaysia iaitu HarimauMalaya.com

Fakta Menarik
• Mohd Faizan bin Othman
• 19 Jun 1984
• Anak ke 4 dari 8 adik beradik
• Web Designer / Web Developer / Web Master
• Self Employee - GraphicGulf Enterprise / HMC Solutions Enterprise
• Status Perkahwinan : Telah Dilanggan. :P

Be the first to write a comment!